Rakaman Indonesia Maharddhika

Lirik dan melodi untuk "Indonesia Maharddhika" telah ditulis di rumah Guruh Sukarnoputra di Jakarta pada tahun 1975 oleh Guruh dan Roni Harahap. Melihat Guruh bergelut untuk mengarang melodi, Roni memainkan pengenalan kepada lagu "That's The Way (I Like It)" dendangan KC and the Sunshine Band dengan penekanan yang diterbalikkan. Gembira, Guruh menulis beberapa lirik, inspirasi daripada puisi Rangga Warsita.[1]

Semasa rakaman, Guruh memainkan gendér dan piano. Chrisye dan Keenan Nasution menyediakan vokal, dengan Chrisye juga memainkan bes dan Keenan memainkan dram. Roni bermain piano, Oding Nasution pada gitar, dan Abadi Soesman pada pensintesis.[2] Hutauruk bersaudara menyediakan vokal latar wanita.[3]